1. Persatuan Wanita PBB
Persatuan Wanita PBB ini diketuai oleh Puan Jamaayah binti Hassan. Persatuan ini berfungsi untuk berkempen semasa pilihan raya. Pelbagai aktiviti dijalankan lebih-lebih lagi semasa kempen pilihan raya sedang berlangsung. Semasa kempen pilihan raya berlangsung, mereka akan mengadakan gotong-royong bersama ahli untuk menyediakan makanan. Selain itu, persatuan ini juga akan bermesyuarat sekiranya ada majlis rasmi yang dianjurkan di Kampung Melayu Tebakang atau mana-mana majlis rasmi yang lain. Berikut Merupakan senarai AJK untuk Persatuan Wanita PBB:
| Nama Penuh | Jawatan |
| Puan Jamaayah binti Hassan | Pengerusi |
| Puan Saani binti Haji Leman | Timbalan Pengerusi |
| Puan Dayang Hajijah binti Haji Abg Sioni | Setiausaha |
| Puan Saemah binti Haji Leman | Timbalan Setiausaha |
| Puan Jamayah binti Jamal | Bendahari |
2. Kumpulan Wanita
Timbalan Pengerusi kumpulan ini disandang oleh Puan Saani binti Haji Leman. Antara aktiviti yang dijalankan oleh mereja ialah belajar membuat kuih-muih, belajar menjahit dan lain-lain lagi. Selain itu, kumpulan ini juga akan mengadakan gotong-royong untuk majlis-majlis rasmi yang diadakan. Berikut merupakan senarai AJK:
| Nama Penuh | Jawatan |
| – | Pengerusi |
| Puan Saani binti Haji Leman | Timbalan Pengerusi |
| Puan Dayang Hajijah binti Haji Abg Sioni | Setiausaha |
| Puan Alluyah binti Sapiee | Timbalan Setiausaha |
| Puan Halipah binti Bisuni | Bendahari |