📍Sekolah Kebangsaan Plaman Baki / Menaul
🗓️ 20 Ogos 2025
🕰️ 10.00 Pagi – 01.00 Petang
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Serian & Tebedu mengadakan KIS bertempat di Sekolah Kebangsaan Plaman Baki / Menaul pada 20 Ogos 2025.
Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seramai 9 orang yang terdiri daripada wakil NADI Sg. Bandung, NADI Tangga Plaman, NADI Tebedu, NADI Balai Ringin, NADI Taee, NADI Bunan Gega, NADI Batu Gong, dan NADI Pichin.
👥 Peserta :
Seramai 135 jumlah murid terlibat yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
📔 Pelaksanaan Aktiviti :
– RSP Modul 1 & 2
Program ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian. Setiap peserta telah menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan. Selain itu, guru juga memberi maklum balas positif dan menyatakan program ini membantu menyokong usaha mereka dalam mendidik murid tentang keselamatan digital serta memberi sokongan tinggi terhadap pelaksanaan program advokasi keselamatan siber secara berkala.
https://tebakang.nadi.my/program-kempen-internet-selamat-kis/